Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia: Malaysia bakal lewati pertukaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aminah-ashari.jpg
Jurulatih bola jaring remaja kebangsaan, Aminah Asaari, mengakui perlu bertukar taktikal menjelang Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang diadakan di Jeonju, Korea Selatan bermula 27 Jun hingga 5 Julai ini.

Ia berikutan edisi kali ini menyaksikan sembilan muka baharu ditampilkan dengan hanya dua pemain yang beraksi pada edisi 2023 kekal bersama pasukan.

Sementara itu, pertahanan bola jaring remaja negara, Siti Nur Hidayatul Akhma yang merupakan antara tonggak pasukan pada edisi dua tahun lalu menjelaskan keserasian pasukan perlu ditajamkan memandangkan hanya dirinya dan Solieha masih berada dalam skuad remaja negara.

Bagaimanapun, dia tetap optimis skuad negara mampu mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, Aminah Asaari.

Sebelum ini, Malaysia pernah memenangi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia sebanyak tujuh kali pada 2004, 2006, 2008, 2010, 2013, 2019 dan 2023.
   

Advertisement

Must Watch Video