Skip to main content

Bola Jaring

Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan: Kuala Lumpur pertahan kejuaraan

kl-netball.jpg
Kuala Lumpur mempertahan kejuaraan sejak 2017 dalam Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan selepas menewaskan Johor di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Pasukan yang diketuai oleh Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli itu jelas berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menamatkan suku pertama dengan kelebihan 29-13.

Bermula dari itu, Kuala Lumpur mengekalkan rentak permainan pantas dan memanfaatkan kelebihan fizikal Puteri Intan Balqis untuk bermaharaja lela di kawasan penalti Johorm sekali gus bergelar juara dengan kemenangan 61-26.

Tempat ketiga pula menjadi milik pasukan Perak yang menewaskan Terengganu 45-32.
 

Advertisement

Must Watch Video