Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Hanapiah Nasir, menganggap jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, dan atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin, memiliki peluang terbaik untuk merangkul pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar, 21 April ini.
Malaysia tidak pernah meraih pingat emas dalam kejohanan itu sejak Hup Wei melakukannya pada 2007.
Selepas 12 tahun, Malaysia akan menghantar sembilan atlet dengan harapan akan dapat menamatkan penantian pingat emas tanpa mengira daripada mana-mana acara.
Bagaimanapun, Hanapiah mempunyai pandangan peribadi.
"Hup Wei pernah memenangi pingat emas sewaktu edisi di Jordan.
"Dia mempunyai pengalaman untuk mengulangi kegemilangannya.
"Saya berasakan ia merupakan pengalaman yang amat berguna untuk dirinya.
"Irfan juga perlu fokus kerana dia merupakan pemenang pingat perak dalam edisi sebelum ini," katanya.
Edisi 2017 menyaksikan Irfan merangkul pingat perak dengan lemparan sejauh 60.96 meter.
Hup Wei kini berada di tahap terbaik dengan melepasi ketinggian 2.27 meter ketika meraih pingat emas dalam Kejohanan Grand Prix Malaysia di Bukit Jalil, dua minggu lalu, namun ketinggian itu tidak menjamin pingat emas di Doha.
Sementara itu, Hanapiah disahkan sudah pulih daripada leukemia yang dihidapinya sejak 2012.
"Saya yakin saya boleh sembuh, saya percaya saya akan sembuh dan saya mahu sembuh.
"Ia bersangkut-paut dengan pembinaan sel badan kita.
"Apabila kita memiliki daya pemikiran seperti itu, ia akan membantu pembinaan sel badan.
"Saya percaya zat penyembuh yang akan menyembuhkan segala penyakit adalah Allah," tambahnya.