Juara WWE baharu, Jinder Mahal terus menjadi tumpuan sebaik sahaja berjaya bergelar juara Isnin lalu di acara Backlash. Bukan sahaja perhatian daripada pengkritik, malah pihak media turut berlumba-luma menemubual bintang berusia 30 tahun ini tentang resipi kejayaannya.
"Jika anda fikir betapa sukarnya saya untuk ke tahap ini, anda tak boleh bayangkan bagaimana saya akan bekerja lebih keras untuk mempertahankan kejuaraan yang telah saya genggami ini, serta berusaha untuk menjadi salah seorang penggusti terbaik dalam sejarah,” ujar Jinder kepada CBS Sports baru-baru ini.
Kemenangan Mahal telah mengundang kritikan oleh sebahagian besar peminat gusti profesional dengan mendakwa bintang Kanada berdarah Punjabi ini terlalu drastik menerima lonjakan dan kejuaraan ini terlalu awal untuknya.
Semua ini mungkin berpunca daripada karakternya sebelum ini yang dilihat hanya dalam kelompok penggusti nasi tambah dan terlibat dalam perlawanan-perlawanan pengisi slot sahaja. Malah, Mahal juga dimasukkan sebagai ahli 3 Man Band (3MB) bersama Drew McIntyre dan Heath Slater, sebuah trio komedi yang tidak pernah diambil serius oleh WWE Universe.

Mengimbau kembali sejarah awal Mahal di WWE, beliau menyertai organisasi gusti terbesar dunia ini sekitar tahun 2009 dan membuat kemunculan di roster utama WWE setahun kemudian. Malang buat Jinder, selepas karakternya bersama (3MB) tidak lagi dilihat mempunyai hala tuju, WWE telah melepaskan beliau daripada kontraknya pada tahun 2014.
Dua tahun selepas itu merupakan saat paling teruk dalam hidupnya secara profesional mahupun peribadi. Mahal terpaksa menebalkan muka merayu untuk muncul di sirkit bebas dan berat badannya mula meningkat.
“Saya rasa amat kecewa. Saya dah endahkan sesiapa lagi. Badan saya mula gemuk, dan saya mengambil alcohol dengan banyak. Namun segalanya berubah pada satu hari apabila saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil minuman keras. Sebaliknya saya menempah makanan nutrisi lengkap, dan mula melakukan latihan aktiviti fizikal semula,” kata Jinder mengenang kembali saat-saat jatuh tersebut.

Mahal tanpa berselindung mengatakan yang semua ini bermula apabila dirinya mula berasa sakit dan berasa amat letih dari sehari ke sehari. Namun ia telah menjadi titik tolak kepadanya untuk mengubah gaya hidup dan berdedikasi untuk berubah kepada bentuk fizikal yang lebih positif.
“Selama dua tahun, tidak ada sesiapa pun pedulikan saya. Namun sebaik sahaja saya mula kembali menjalani gaya hidup sihat, dua bulan kemudian WWE mengambil saya kembali. Saya mula sedar yang segala yang baik telah kembali hadir dalam hidup saya dan ia sekaligus memotivasikan saya untuk terus menjadi seorang yang hebat.”

Resipi transformasi fizikalnya adalah mudah – tidak menipu dalam diet dan tidak mengganjarkan diri sendiri. Dan kini Jinder telah menjadi antara bintang WWE yang mempunyai fizikal yang paling mengagumkan di WWE sehingga digelar “Hard Body” Mahal.
“Orang lain mungkin berfantasi tentang makanan. Sebaliknya saya hanya membayangkan tentang Kejuaraan WWE. Saya kerap berangan-angan untuuk menjadi bintang terbaik dan menambahbaik diri saya dari segenap aspek.
Saya pantau perkembangan fizikal saya setiap minggu. Sasaran saya adalah memperoleh bentuk tubuh yang lebih baik berbanding minggu sebelumnya. Dan tak sangka ia menjadi salah satu tabiat yang menjadi ketagihan saya hari ini.”
Mahal atau nama sebenarnya Yuvraj Singh Desi turut mendedahkan yang beliau tidak pernah menjamah walau hanya sepotong pizza dan minuman keras sejak enam bulan lalu, serta tidak pernah menipu dalam program diet sihatnya selama empat bulan.
“Sejujurnya, tiada apa yang lebih enak berbanding berasa sihat. Tiada makanan yang akan memberikan perasaan itu apabila anda mempunyai otot yang kekar dan abdomen yang berketak-ketak. Ia adalah perasaan terhebat dalam dunia,” tambah Jinder.
Ketika ditanya tentang dakwaan dirinya menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan fizikal hebat, ini komen beliau:
"Saya tak tahu dari mana datangnya tuduhan tersebut. Saya bekerja keras dalam gym setiap hari. KIita semua tahu yang semua bintang WWE wajib menjalani ujian dadah oleh pihak ketiga. Saya sendiri telah menjalani ujian beberapa kali dan tak pernah gagal. Transformasi fizikal saya adalah 100% diet dan kerja keras. Tiada apa-apa yang istimewa. Saya kelihatan seperti atlit, beraksi seperti atlit dan menunjukkan kemampuan sebenar saya sehingga WWE benar-benar yakin untuk menempatkan saya bagi merebut Kejuaraan WWE. "
Mahal juga tidak kisah dicemuh peminat walaupun sering kali menerima jerkahan “Pecat Jinder ! dan Jinder teruk”. Baginya, yang penting adalah beliau berjaya mendapat reaksi daripada penonton dan tidak kisah jika sepanjang perlawanannya, penonton hanya bersorak nama CM Punk.
Menampilkan karakter seorang pemuda berketurunan India dengan loghat Punjabi yang pekat, ia berjaya membentuk Jinder menjadi seorang bintang yang mula mendapat perhatian walaupun beliau sendiri tidak yakin dengan kejayaan karakter tersebut.
“Saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Vince McMahon dan pasukan kreatif WWE. Vince sendiri adalah seorang yang genius. Kita akan kata yang ideanya tidak akan menjadi. Namun di penghujungnya, ia berjalan dengan amat baik sekali.”
Berkongsi cerita tentang saat kembali ke belakang tabir selepas berjaya menewaskan Randy Orton untuk Kejuaraan WWE Isnin lalu, Jinder berkata yang dirinya amat bangga dengan penerimaan mereka yang di belakang tabir. Masing-masing memberikan penghormatan dengan berdiri, berikan tepukan dan mengucapkan tahniah kepadanya.
"Ia adalah perasaaan terbaik pernah saya kecapi. Saya telah menghambakan diri dalam industri ini selama 15 tahun. Bermakna separuh dari usia saya. Kembali ke belakang tirai dan mendapat ucapan tahniah daripada Vince dan penggusti lain, umpama mimpi menjadi kenyataan."
Kini Mahal tidak memandang ke belakang lagi dan ingin fokus menggunakan kejuaraannya untuk melebarkan lagi sayap WWE di peringkat antarabangsa, termasuk India yang disifatkannya sebagai “salah satu destinasi paling istimewa WWE”. Kerja keras yang ditonjolkannya selama ini diharap dapat menjadi motivasi kepada insan-insan di sekelilingnya.

“Saya fikir kejayaan saya ini memberi impak kepada industri dan untuk semua penggusti. Melihat saya daripada seorang penggusti kelas bawahan sehingga ke tahap bintang utama hari ini. Sudah tentu akan membakar semangat yang lain untuk turut sama mengecap kejayaan seperti ini,” ujar Jinder mengakhiri temubual.
Sumber: CBS Sports
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro On-the-Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.