SUKAN LAIN
Kehadiran Rayzamshah lonjak semangat Rizzua
Pelari 110 meter berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad Muhamad, mengharapkan kehadiran Rayzamshah Wan Sofian dalam Kejohanan Terbuka Malaysia dapat membentuk persaingan dalam memburu slot ke Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.
Sebelum ini, Rizzua menamatkan saingan dalam aksi final Terbuka Vietnam di tempat keempat dengan catatan 14.42 saat.
Catatan berkenaan bermakna atlet kelahiran Sarawak itu masih belum melepasi had kelayakan 14.15s ke Sukan SEA Filipina.
Iklan
Rizzua menyifatkan Rayzamshah sebagai rakannya yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu memperbaiki prestasi menjelang Terbuka Malaysia bulan depan.
"Saya mengharapkan Rayzamshah turun berlari bersama bagi melakukan catatan yang berkualiti. Kehadirannya sangat penting kerana dia merupakan pemegang rekod kebangsaan," katanya.
Turut memburu slot yang sama ialah Benedict Ian Gawok yang menamatkan aksi final Terbuka Vietnam di tempat keenam.
"Kekurangan daripada segi ketahanan serta teknikal yang belum di tahap terbaik merupakan sesuatu yang mahu dipertingkat untuk melakukan catatan lebih baik," kata Benedict.
Must-Watch Video