Skip to main content

Bola Jaring

Kedah cipta sejarah muncul juara baru Bola Jaring Remaja Kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-netball.jpg
Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan kali ke 39 secara rasminya melabuhkan tirai pada Khamis dengan penuh kejutan apabila pasukan Kedah bawah 21 tahun bersama jurulatih Huslina Hussein mencipta sejarah untuk ke pentas akhir sekaligus menjadi juara baru buat kali pertama.

Juara edisi lalu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak mengambil bahagian jadi kali ini Kedah dan Johor yang berjaya ke aksi akhir tetapi pastinya atas kertas, ramai yang menjangkakan Johor yang bakal mendominasi kerana edisi lalu mereka turut ke pentas akhir tetapi terpaksa akur Kedah lebih bernasib baik dengan keputusan akhir 44 berbalas 41.

Seiring dengan gelaran juara, tiga pemain Kedah turut diberi penghargaan untuk menerima 3 anugerah kejohanan iaitu Penyerang Terbaik disandang oleh Puteri Nur Sarah binti Abdullah, Pertahanan Terbaik oleh Nuriz Shazleen binti Amir Din dan pemain kebangsaan, Nur Izzazrin Aizie binti Ahmad Yani sebagai Penjaring Terbanyak. Wakil Johor juga tidak ketinggalan hebatnya apabila pemain di bahagian tengah, Haisya Maisara muncul Pemain Terbaik kejohanan.

Selain itu, Terengganu dan Pulau Pinang pula bertemu dalam penentuan tempat ketiga dan empat menyaksikan Terengganu mengisi slot pasukan 3 terbaik untuk menundukkan Pulau Pinang dengan kemenangan selesa 50-37.
 

Advertisement

Must Watch Video