Skip to main content

Sukan Asia

Keane dikejarkan ke hospital

michael-keane.jpg
Pertahanan Everton, Michael Keane, akan menjalani proses penilaian di hospital selepas terlibat dengan pelanggaran ketika seri 2-2 dengan Bournemouth.

Staf perubatan kedua-dua pasukan cuba membantu pemain berusia 25 tahun itu dan membawa keluar pemain itu, dengan menggunakan pendakap leher, selepas perlawanan terpaksa dihentikan.

Kebimbangan buat Keane hadir apabila bertembung dengan rakan sepasukan, Idrissa Gueye, ketika kedua-dua pemain cuba mengeluarkan bola dalam masa kecederaan.

Pengurus Everton, Marco Silva, mengesahkan pertahanan itu sedang dinilai tetapi tidak dapat memberikan kepastian terhadap kecederaan yang dialaminya.

"Kami telah mengejarkan Keane ke hospital dan tiada maklumat mengenai situasinya," kata Silva.

"Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar dan menunggu keputusan yang positif."

Keane terlebih dahulu menjaringkan gol untuk mendahului perlawanan dengan dua jaringan selepas Theo Walcott mencetak gol pendahuluan, sebelum Bournemouth bangkit menerusi jaringan Joshua King dan Nathan Ake.

Advertisement

Must Watch Video