Skip to main content

Sukan Lain

KBS salur dana RM3 juta buat MSDeaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kbs.jpg
Susulan kejayaan kontinjen Sukan Orang Pekak Malaysia yang cemerlang di temasya Asia Pasifik Deaf Games 2024, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) mendapatkan suntikan dana sebanyak RM3 juta dari Kementerian Belia dan Sukan.

Ketua Setiausaha KBS, Dr K Nagulendran, menjelaskan dana tersebut khusus dalam persiapkan atlet sukan pekak negara menjelang ASEAN Deaf Games Jakarta pada Julai dan juga Deaflympics di Tokyo November tahun ini.

Peruntukan itu disambut baik Presiden MSDeaf, Ong Shin Ruenn, yang menyifatkan ia lebih daripada cukup dalam persiapan skuad yang mantap untuk menggegar Deaflympics 2025.

Malaysia bakal melibatkan diri dalam empat acara di Tokyo iaitu badminton, olahraga, catur dan juga futsal.

 

Advertisement

Must Watch Video