Skip to main content

Sukan Lain

KBS mula rundingan bina stadium ragbi pertama negara

ragbi.jpg
Khabar gembira buat skuad ragbi negara apabila Kementerian Belia dan Sukan sedang berunding dengan pemilik tanah di Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membina stadium ragbi pertama Malaysia.

Impian Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) untuk membina stadium ragbi pertama negara hampir tercapai.

Ia susulan kejayaan mempertahankan kejuaraan Divisyen Satu, Kejohanan Ragbi Asia, Sabtu lalu, selepas menewaskan Sri Lanka 22-9 dalam final.

Kementerian Belia dan Sukan sedang mengadakan rundingan bersama pemilik tanah dan satu pengumuman akan dibuat, beberapa bulan lagi.

"Sebaik kami memulakan rundingan dengan tuan punya tanah, maka baru kami boleh umumkan keputusan yang muktamad," ujar Khairy.

Jika berjaya, ia akan menjadi pembakar semangat terbaik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ketiadaan stadium ragbi menyaksikan acara itu akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

"Setiap daripada kita mahukan laman sendiri, kalau kita ada rumah sendiri untuk ragbi, sudah tentu ia akan menyuntik semangat skuad ragbi negara," kata Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo.

 

Advertisement

Must Watch Video