Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

KBS akan pastikan kos Sukan Komanwel tidak lebih RM602 Juta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi hos kepada Sukan Komanwel 2026 sekiranya kos untuk menganjurkan temasya itu perlu dibiayai menggunakan wang pembayar cukai.

Begitupun, dengan modul Sukan SEA 2017 yang sudah dibentangkan sebelum ini kepada Konfederasi Sukan Komanwel (CGF), semestinya akan mengurangkan kos perbelanjaan penganjuran sukan itu.

Hannah dalam sidang Parlimen hari ini berkata wang pembiaya cukai tidak akan dibazirkan sekiranya Malaysia ingin menganjurkan temasya ketiga terbesar dunia itu walaupun sudah dalam keadaan bersedia.

"Kita tidak akan sama sekali membazirkan wang pembayar cukai walaupun dalam keadaan sedia untuk menganjurkan temasya itu.

"Jika kerajaan bersetuju untuk melaksanakan, KBS mencadangkan perbelanjaan tidak melebihi geran yang diberikan oleh CGF.

"Jika terpaksa menggunakan wang rakyat, pilihan terbaik untuk kerajaan adalah untuk tidak menganjurkannya."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video