Skip to main content

Permotoran

Kawasaki perkenal jentera empat kaki!

kawasaki.jpg
CORLEO. Itulah nama jentera baru keluaran jenama automotif terkemuka dunia, Kawasaki, yang dikuasakan oleh enjin hydrogen berkonsepkan robot dengan tujuan membawa orang ramai melewati kawasan berbukit dan cukup mencabar.

Reka bentuk empat kaki diinspirasikan daripada serigala itu mampu bertahan dalam sebarang situasi mencabar dan miliki keseimbangan cukup dinamik dalam memberikan pengalaman luar biasa buat pelanggan.

Walaubagaimanapun, Corleo belum dilancarkan secara rasmi kepada umum kerana pihak Kawasaki baharu memperkenalkan prototaip atau model cubaan, namun jentera baharu itu menjadi permulaan kepada visi baharu Kawasaki dalam mengetengahkan pengunaan pengangkutan mesra alam yang mampu melestarikan kestabilan ekosistem menuju tahun 2050.
 
Bak kata orang putih, “Save a horse, ride a Kawi!” demi menjaga alam sekitar yang harmoni.

Advertisement

Must Watch Video