Atlet heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin, tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diletakkan kepadanya apabila tersenarai dalam kategori A dalam Sukan Asia Indonesia 2018, Ogos depan.
Selepas 37 tahun Malaysia ketandusan atlet heptatlon, Norliyana muncul untuk kembali mengharumkan nama negara bagi acara itu di pentas Sukan Asia dan peluang itu seakan-akan cerah apabila dia diletakkan dalam kategori A.
Ini membuktikan Norliyana antara yang diletakkan sandaran untuk cuba melakar sesuatu di Jakarta-Palembang nanti.
Dia enggan menjanjikan sebarang pingat tetapi percaya dengan kemampuan mencapai sasaran 5,300 mata bagi mengatasi 5,247 mata yang juga merupakan rekod kebangsaan miliknya sendiri.
"Saya pun sebenarnya tidak tahu diletakkan dalam kategori A, cuma dalam pengetahuan, saya akan menyertai Sukan Asia.
"Diletakkan dalam kategori A sememangnya di luar jangkaan. Tambahan pula ini merupakan kejohanan terbesar yang akan saya sertai.
"Walaupun agak gemuruh, saya anggap ini sebagai satu cabaran untuk bekerja lebih keras," katanya.
Cabaran utama untuknya berbanding atlet olahraga lain adalah tidak banyak kejohanan antarabangsa yang mempertandingkan acara heptatlon.
Begitupun, dia berkemungkinan besar bakal beraksi dalam Terbuka Vietnam bulan depan, namun hanya untuk menyertai beberapa acara.
"Saya akan menyertai lompat tinggi, lompat jauh dan larian jarak dekat sahaja," katanya.