Muay thai menjadi inspirasi buat atlet tinju Perlis, Muhammad Mazli Akmal Hasshim, untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan Tinju Karnival Pelapis 2019.
Mazli Akmal memilih untuk mengikuti haluan berbeza daripada abangnya, Muhammad Mazli Akil Hasshim, yang merupakan seorang atlet muay thai.
Dalam aksi separuh akhir kategori 69 kilogram itu, Mazli Akmal dengan mudah menumbangkan Mohammad Safwam Suhaideh dari Sabah dengan keputusan 'knock out'.
"Saya menyimpan tekad untuk layak ke final.
"Cuma sejak kecil lagi saya seorang sahaja yang meminati tinju, sementara ayah dan abang meminati muay thai," katanya di Kompleks Sukan MSN (Majlis Sukan Negara), Taman Keramat, hari ini.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Muhammad Zafril Firhaal dari Terengganu menumbangkan peninju Perak, Mohammad Haikal Izzat Bhokhari.
Zafril mengakui walaupun mempunyai pengalaman selama tiga tahun dalam sukan tinju, aksi final menentang Mazli Akmal tetap sukar.
"Saya sangat yakin untuk menghadapi perlawanan hari ini walaupun sengit,.
"Saya bersyukur dapat ke final.
"Saya berharap dapat beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 dan mewakili Malaysia," kata Zafril.