SUKAN LAIN
Karim: Tindakan Shahidan nampak kurang bijak
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, meminta bekas menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, menimbang semula hasrat merebut jawatan timbalan presiden badan induk itu yang dianggap boleh menjejaskan reputasinya.
Karim mendakwa Shahidan tidak patut mencabar jawatan timbalan presiden KOM dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 30 Jun depan kerana beliau sudah memegang jawatan besar dalam politik selain pernah mendapat mandat sebagai presiden persatuan itu.
Jadi, bagaimana Shahidan sanggup memegang jawatan lebih rendah dengan mewujudkan kem bersama calon presiden, Datuk SM Muthu?
Iklan
“Apa yang saya terkejut, tiba-tiba beliau katakan mahu perubahan dan menyokong Muthu serta bekerja di bawahnya. Bagi saya, ia tidak nampak bagus di depan khalayak ramai," katanya.
Must-Watch Video