SUKAN LAIN
Karate Terbuka Malaysia: Sabah hantar 23 atlet
Skuad karate Sabah akan menghantar 23 atlet bagi menyertai Kejohanan Karate Antarabangsa Terbuka Malaysia di Melaka dari 26 hingga 29 Mac depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin, berkata mereka tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam kejohanan itu, sebaliknya menjadikannya sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Julai depan.
"Apa yang penting adalah kami dapat mencari kelemahan-kelemahan yang ada pada atlet dan membuat analisis, sekali gus melatih mereka untuk bertambah baik," katanya.
Iklan
Atlet Sabah yang akan bersaing dalam acara kata ialah Josvin Jase, Mohd Zaidan Zainal, Awangku Aqeel Rauf Ag Amli Noraufe, Clevelence Carlos, Juslin Juman, Audrey Tay, Nur Via Viva Lawson, Vellcarollyne Agustine dan Lovelly Anne Roberth.
Bagi acara kumite pula, Sabah membariskan Stanley Dulian, Richal Mattan, Arthuric Gideon Jiwin, McRoyce Donovan Dagul, Mohd Zuhair Zulkifli Zainal, Darren Ryan Rizal, Nur Hanna Nadirah Riduan, Eadryna Lawrence, Cairola Cheverry Wong Yee Ying, Leong Jia Chii, Amirah Syahirah Azlan, Pressy Misty Philip, Michel Michelin Linus dan Elysheron Maunsiong.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video