Penyertaan kanak-kanak seawal usia empat tahun menjadi tarikan utama Kejohanan Karate Remaja AEON Imakara Selangor Shito Ryu di pusat beli belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Penganjuran kali ketiga itu kembali dengan misi mencungkil bakal di kalangan atlet muda peringkat negeri yang menjadi keunikan pengelolaan edisi terbaru ini.
"Kami mengekalkan format seperti edisi terdahulu iaitu meraikan penyertaan kanak-kanak usia empat tahun untuk bertanding dalam suasana yang selamat dan mesra.
"Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah dilatih untuk memastikan persediaan mereka berjalan lancar," kata pengerusi penganjur, Amirul Iman Dollah.

Penglibatan bakat muda seperti Anas Abd Al-Malik Iskandar yang merupakan pemenang pingat gangsa Karnival Bakat Kebangsaan di Melaka, Mei lalu menjadi tumpuan apabila mahu mengumpul mata 'score card' bagi melayakkan dirinya ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026.
Turut berada di situ, atlet kebangsaa, Yong Kojiro, yang memberi inspirasi kepada semua pelapis muda yang menyertai pertandingan itu.
"Kojiro seperti robot kerana mempamerkan teknik yang kemas dan ia sangat sempurna," katanya.