Skip to main content

Sukan Asia

Karate: Prospek emas kita tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chewei.jpg
"Saya tidak jangka seawal ini," itu reaksi hampa atlet karate bagi acara kata lelaki, Lim Chee Wei, yang kandas awal dalam pusingan kelayakan selepas tumpas tipis 2-3 di tangan peserta Kuwait, Hussain Mohammad, hari ini.

Ia bukan hari pembukaan yang baik bagi sukan karate negara dalam aksi hari pertama mereka, malah lebih menyedihkan apabila prospek emas negara, Chee Wei tersingkir awal.

Tumpas kepada peserta Kuwait, Chee Wei berharap ada sinar dalam pusingan repechage tetapi nasib gagal menyebelahi Malaysia.

"Kami telah bertemu sebelum ini dan (peserta) Kuwait (ini) telah menampilkan peningkatan," katanya.

Sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku, Chee Wei mengakui dia turun ke Jakarta dalam usaha untuk memenuhi tuntutan emas yang telah diletakkan di bahunya.

"Pada mulanya, saya menjangkakan perlawanan tidak seperti sebelum ini. Persaingan semakin sukar buat saya."

Merujuk kepada saingan empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan, Chee Wei merupakan pemegang pingat emas dalam acara yang sama.

Sementara itu, wakil negara bagi kata wanita, Celine Lee Xin Yi, terkandas dalam suku akhir kepada peserta Thailand, Tararattana Monsica, juga dengan kekalahan tipis 3-2.

Celine mengakui ada kesilapan yang berlaku ketika saingan berlangsung yang memberi ruang mudah buat Monsica menguasai pentas suku akhir.

"Saya telah cuba melakukan yang terbaik dalam suku akhir. Kesilapan saya menyaksikan kemenangan memihak kepada wakil Thailand," kata Celine.

Ini merupakan aksi kali pertama Celine yang berusia 24 tahun di pentas Sukan Asia.

Advertisement

Must Watch Video