Skip to main content

Sukan Asia

Karate: Prem butirkan gangsa buat Malaysia

prem.jpg
Atlet karate negara, S. Prem Kumar, menyumbangkan pingat gangsa untuk kontinjen Malaysia selepas mengalahkan wakil Hong Kong, Lee Chun Ho, 5-0 dalam aksi penentuan pingat gangsa acara kumite lelaki bawah 60kg di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.

Dia berkongsi pingat gangsa bersama atlet Uzbekistan, Saymatov Sadriddin, yang mengalahkan atlet Vietnam, Nguyen Van Hai, 8-1 dalam satu lagi aksi penentuan pingat gangsa.

Atlet Indonesia, Rifki Ardiansyah Arrosyiid, yang terdahulu menyingkirkan Prem dalam separuh akhir, memenangi pingat emas setelah mengatasi wakil Iran, Mahdi Zadeh Amir, 9-7 dalam aksi final acara berkenaan.

Advertisement

Must Watch Video