Skip to main content

Sukan Lain

Kanser tulang jadikan Yushazwan lebih cekal

yushazwan.jpg
Dengan kehilangan sepasang kaki seawal usia lima tahun ekoran kanser tulang yang hampir meragut nyawanya, pemain tenis kerusi roda negara, Yushazwan Yusoff, cekal meneruskan kehidupan dan tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk berbakti kepada negara. 

Pemenang dua pingat gangsa Sukan Para ASEAN 2017 itu merupakan antara bakat baru dalam skuad kebangsaan. 

Di sebalik keceriaan di wajahnya, ramai tidak tahu bahawa dia pernah bertarung nyawa selama sembilan tahun terhadap kanser tulang apabila perlu menjalani 15 rawatan kimoterapi.

Yushazwan mengakui segala dugaan itu menjadikannya seorang insan yang cukup kuat selain bersyukur masih mampu bersukan biarpun hanya berkerusi roda. 

"Pada umur lima tahun, saya menghidap kanser tulang, ia merebak dengan cepat selama beberapa bulan sahaja. 

"Ia semakin merebak sehingga kaki saya membengkak lalu terpaksa dipotong.

"Alhamdulillah, saya kini bebas daripada kanser dan hanya membuat ujian rutin," katanya. 

Pemain berusia 23 tahun itu yang sedang giat merangka persiapan untuk menghadapi Sukan Para Asia 2018 menjelaskan, dia baru sahaja berjinak-jinak dengan sukan itu sejak empat tahun lalu. 

Namun, dia semakin yakin dengan prestasi yang ditampilkan dan dalam masa yang sama, berharap lebih banyak kejohanan dapat disertainya demi meningkatkan lagi kedudukan rankingnya. 

"Saya memang suka bersukan. Kalau di sekolah, hanya saya seorang sahaja atlet kelainan upaya, maka sukar untuk saya bergaul dengan aktiviti atlet normal. 

"Lepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ke Kuala Lumpur (menawarkan diri menyertai program sukan) sebelum diperkenalkan dengan tenis. 

"Bermula dari situ, saya mula menyukai tenis, apatah lagi saya menggemari sukan lasak," kata Yushazwan lagi. 

Advertisement

Must Watch Video