Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Kane mahu beraksi setiap masa jika boleh -- Southgate

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Harry Kane tidak akan dibenarkan memilih ketika dia bermain untuk England, kata Gareth Southgate.

Southgate terbabit perbalahan ketika berbincang dengan pengurus Tottenham, Jose Mourinho, awal musim ini mengenai pengunaan pengurus England terhadap Kane.

Kapten The Three Lions itu turut dua kali dalam saingan Liga Negara-Negara November lalu, bermain sepenuhnya ketika tewas 2-0 kepada Belgium sebelum digantikan pada minit ke-76 ketika mengatasi Icelanad 4-0.

Kane kini meledak 32 gol di peringkat antarabangsa, kurang 21 daripada rekod 53 jaringan Wayne Rooney buat Three Lions.

Pada usia 27 tahun, Kane masih lagi mengintai rekod Rooney, tetapi bertanya jika dia membenarkan kapten pasukan itu bermain perlawanan mana bagi saingan kelayakan buat England, Southgate menafikannya.

"Jika saya membenarkan Harry membuat keputusan, dia akan bermain setiap minit!" kata Southgate.
 

"Jadi itu tidak akan terjadi. Hebatnya kami mempunyai kapten yang ingin bermain setiap minit setiap perlawanan.

"Kami harus ingat dia mempunyai masa tambahan Khamis lalu dan satu lagi permainan intensiti tinggi pada Ahad. Kami mempunyai situasi itu dengan banyak pemain.

"Kita mesti memastikan kita mengatur perlawanan dengan betul, kita juga harus menguruskan latihan minggu ini.

 results
"Dan tentu saja kami harus cergas untuk perlawanan dengan Albania dan Poland seperti yang kami lakukan esok malam jadi itu bukan cabaran yang luar biasa bagi kami dan pasukan pelatih kami, dan untuk pasukan perubatan dan pasukan prestasi fizikal kami. 

"Tetapi kami selalu berkomunikasi dengan baik dengan para pemain dan saya rasa kami berada di tempat yang bagus untuk memasuki perlawanan esok."

Kane telah menjaringkan 20 gol dalam 19 penampilan di peringkat kelayakan untuk kejohanan besar, dengan hanya Rooney (30) menjaringkan lebih banyak gol dalam sejarah England.

Advertisement

Must Watch Video