Skip to main content

Sukan

Kami masih ada peluang -- Pertahanan Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ietnam.jpg
Pertahanan Vietnam, Jason Quang Vinh, mahu melupakan segera episod duka di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tewas 0-4 kepada Malaysia dalam perlawanan peringkat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027, kelmarin.

Dia optimis pasukannya masih mempunyai peluang terbuka untuk mara ke kejohanan bola sepak paling berprestij di peringkat Asia itu selain mahu pasukannya bekerja lebih keras.

"Kami perlu bekerja lebih keras, kami perlu bersatu sebagai pasukan. Saya juga berasakan kami kepenatan kerana memberikan segalanya pada separuh masa pertama.

"Kami bermain bola tinggi, itu sebabnya. Kami masih ada peluang (Ke Piala Asia), masih banyak perlawanan dan akan menentang Malaysia di laman sendiri.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain warisan skuad Naga Emas dari Perancis, dengan dia turut pernah beraksi buat pasukan liga divisyen dua Perancis iaitu  Sochaux dan New York (Amerika Syarikat).

Advertisement

Must Watch Video