SUKAN OLIMPIK
Kalaulah Malaysia raih emas pertama di Paris...
Kedudukan terkini Malaysia adalah berada di ranking keenam terbaik dari 10 buah negara Asia Tenggara dengan Malaysia cemerlang memperoleh 8 pingat perak dan 5 pingat gangsa dari 16 penampilan yang disertai oleh atlet kita.
Kalau tengok infografik yang dipaparkan oleh Seasia goal di Facebook ada sedikit ralat sebenarnya, hmmm kena betulkan semula ni admin. hehehe...
Namun kita sebagai rakyat Malaysia semestinya berbangga dengan pencapaian terbaik dari atlet kita ini kerana mereka sudah berusaha sedaya upaya bagi membangunkan nama negara.
Sedikit trivia, Malaysia tergolong dari lima buah negara ASEAN yang masih belum membutirkan satu pun pingat emas selain Kemboja, Brunei, Myanmar dan Laos.
Iklan
Thailand (17 penampilan, 10 Emas), Indonesia (16 penampilan, 8 Emas), Filipina (22 penampilan, 1 Emas) , Vientnam (16 penampilan, 1 Emas), Singapura (17 penampilan, 1 Emas) gah dengan sejarah tersendiri.

Kalaulah Malaysia berjaya raih emas sulung, kita berpotensi untuk memintas kedudukan Filipina, Vietnam dan juga Singapura bagi menghuni tangga ketiga terbaik negara ASEAN dengan syarat ketiga-tiga negara ini tidak menambah langsung koleksi pingat perak mereka untuk edisi ini.
Setakat ini, hanya lima atlet sudah melayakkan diri ke Paris 2024 iaitu penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises; Nur Shazrin Latif (pelayaran); Johnathan Wong (menembak); Ariana Nur Dania Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya).
Saiz kontinjen dijangka akan bertambah dengan beberapa sukan lain seperti badminton, basikal, menembak dan angkat berat masih berada dalam proses kelayakan yang dijadual diketahui seawal April ini.
Siapakah dan sukan manakah yang bakal membutirkan pingat emas pertama ini? Sama-sama kita nantikan.
Must-Watch Video