Skip to main content

Sukan Lain

Juwaidi ketuai pemanah compound negara ke Belanda

juwaidi.jpg
Mohd Juwaidi Mazuki mengetuai senarai enam pemanah skuad compound negara yang terpilih mencabar Kejohanan Memanah Dunia di Belanda, Jun ini selepas Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menamatkan proses pemilihan semalam.

Juwaidi selaku pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mencatat mata tertinggi sepanjang proses pemilihan ke Kejohanan Dunia itu.

Dia mengatasi pemanah baru, Syahrizan Jafar, sementara Zulfadhli Ruslan melengkapkan trio lelaki.

Mereka akan bergandingan buat kali pertama dalam Kejohanan Dunia memandangkan Juwaidi dan Zulfadhli tidak akan menyertai Piala Dunia di Shanghai, China, 23-29 April ini.

"Kami menampilkan skuad yang paling terbaik dan melihat masa depan yang cerah bersama pasukan ini," kata Juwaidi.

Skuad recurve masih menjalani proses pemilihan dengan keputusan dijangka diketahui minggu depan.

Kejohanan Dunia 2019 penting kerana menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
 

Advertisement

Must Watch Video