Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, tidak mahu tergesa-gesa mencari pengganti kepada bekas jurulatih pecut, Hamberi Mahat, dan jurulatih jarak jauh, Samuel Kipsang Rono, yang telah tamat kontrak.
Dalam mesyuarat persatuan bersama barisan jurulatih olahraga negara, Karim menegaskan tidak mahu inidividu sebarangan melatih atlet Malaysia.
Jelasnya, keutamaan kini adalah mencari seorang jurulatih pecut, jurulatih lari berpagar dan jurulatih acara jarak jauh.
Justeru, dia mengarahkan ketua jurulatih, Zainal Abbas, untuk mencari calon berkelayakan tanpa mengira sama ada calon tempatan mahupun luar negara.
"Mereka sedang mencari jurulatih sambil saya mahu ia perlu melalui IAAF (Persekutuan Olahraga Antarabangsa).
"Saya tidak akan setuju ambil jurulatih yang hanya datang main-main. Itu bukan gaya saya. Minta maaf," katanya.
KOM perlu segera menyelesaikan isu ini memandangkan 2018 menjanjikan tahun penuh cabaran dengan tumpuan kepada dua kejohanan utama, Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta dan
Palembang.
Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah kontrak jurulatih sedia ada yang bakal tamat dan KOM akan sedaya-upaya meyakinkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melanjutkannya.
"Jawatan mereka ini bukannya ditamatkan terus. Kontrak mereka akan disambung. Kami akan kekalkan jurulatih yang memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI)," katanya lagi.