Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Jun Hoong tidak terburu-buru untuk kembali beraksi

cheong-jun-hoong.jpg
Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, mahu menjadikan Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil, September depan, sebagai penampilan sulungnya selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut. 

Dia ketika ini hanya mahu menumpukan terhadap pemulihan kecederaan lututnya itu sebelum memikirkan tentang penglibatannya dalam mana-mana kejohanan. 

Bagaimanapun, bekas juara dunia itu dapat melihat perkembangan positif dalam sesi pemulihannya dan bercadang untuk membuat kemunculan semula dalam Piala Asia.

"Latihan buat masa ini agak ringan memandangkan usia saya juga sudah meningkat.

"Jadi, proses pemulihan juga agak perlahan," katanya. 

Bagaimanapun, ratu terjun negara itu tidak mengharapkan apa-apa kejayaan dalam kemunculan semulanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu hanya meletakkan harapan untuk bersaing dalam Sukan SEA  Filipina, November depan jika acaranya (10 meter platform) tersenarai.

"Apa yang utama, saya perlu menjaga badan (kesihatan) saya.

"Dengan badan yang sihat, barulah saya boleh melangkah jauh.

"Kejohanan yang paling hampir ialah Kejohanan Asia, namun itu pun macam susah juga.

"Saya perlu mengambil satu langkah demi satu langkah dan tidak boleh terlalu terburu-buru," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video