Penerjun negara, Cheong Jun Hoong, kini berperang dengan masa untuk mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan setelah menjalani pembedahan lutut, minggu lalu.
"Saya baru keluar dari hospital pada minggu lalu, jadi proses pemulihan akan dilalui perlahan-lahan, bermula daripada berjalan, kuatkan otot dan lutut tetapi ia perlu mengikut prosedur," kata Jun Hoong.
Tempoh rehat selama enam bulan bermaksud Jun Hoong tidak akan dapat menyertai mana-mana kejohanan untuk mendapatkan mata tatkala kemungkinan besar kelayakan ke Sukan Olimpik bermula pada tahun depan.
"Setakat ini, saya tidak akan menyertai mana-mana kejohanan. Doktor menasihatkan saya agar memulakan latihan pada Mac tahun depan," tambahnya.
"Saya tidak melihat kepada jadual tetapi pasti akan terlepas beberapa kejohanan.
"Saya akan cuba sedaya-upaya untuk sembuh dengan pantas."