Skuad terjun negara berdepan tugas sukar untuk meraih pingat dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Gwangju, Korea Selatan, Julai depan selepas ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong, disahkan tidak sempat pulih daripada kecederaan.
Jun Hoong ditimpa kecederaan lutut sebelum berlangsungnya Sukan Asia Indonesia, Ogos lalu.
Setelah terpaksa melepaskan penyertaan dalam beberapa Kejohanan Terjun Siri Dunia tahun ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu diletakkan harapan untuk kembali mewakili negara, Julai depan.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahkan penerjun itu hanya bersedia untuk kembali beraksi pada penghujung tahun ini.
Perkhabaran itu turut dilihat sebagai satu tamparan besar buat Jun Hoong memandangkan Kejohanan Dunia menawarkan slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kami akan cuba mempersiapkannya sebelum Piala Dunia, mungkin menjelang hujung tahun ini.
"Jika terdapat kejohanan Grand Prix (GP) yang dia telah bersedia untuk menyertainya seperti GP Australia, Singapura dan Malaysia, kami akan menghantarnya menyertai satu kejohanan sebelum Piala Dunia.
"Ia kerana Piala Dunia lebih penting berbanding kejohanan GP," kata Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen.
Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja hari ini memutuskan bahawa skuad terjun negara akan berguru di Wuhan, China bermula bulan depan sebagai persiapan menjelang Kejohanan Dunia.
"Kami merancangnya bermula Jun depan hingga mereka berlepas untuk menyertai Kejohanan Dunia.
"Secara asasnya, ia bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan ketumpatan air.
"Pada bulan ini, kami akan menggunakan ketumpatan air di kolam di Negeri Sembilan untuk membantu penerjun negara," tambahnya.