Jurulatih skuad taekwondo negara, Jin Jun Beom, meminta jaguh acara poomsae, Chew Wei Yan, untuk mempertimbangkan tawaran kembali daripada persaraan selepas mambantu Malaysia meraih pingat perak acara berpasukan lelaki dalam Kejohanan Asia Tenggara di Manila, Filipina, Sabtu lalu.
Wei Yan bersetuju untuk membantu skuad kebangsaan dalam kejohanan itu selepas mempertimbangkan permintaan barisan kejurulatihan negara.
Bekas jaguh negara itu, yang bersara sejak Oktober lalu, menetapkan syarat bahawa bantuan daripadanya itu hanya akan berlaku sekali sahaja memandangkan atlet negara masih baru, selain ketiadaan atlet senior, Yong Jin Kun, yang melanjutkan pengajian di Australia.
Bagaimanapun, selepas berjaya meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki, Jun Beom berpendapat bahawa Wei Yan masih kompetitif di peringkat antarabangsa dan mampu menyumbangkan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
"Saya berharap Wei Yan akan kembali ke dalam pasukan.
"Dia beraksi baik sewaktu di Filipina dan saya fikir dia masih mampu untuk menyumbangkan sesuatu buat negara.
"Kami akan berbincang dengannya," katanya.
Skuad poomsae negara merangkul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Asia Tenggara dengan pingat emas hadir menerusi gandingan Jin Kun-Sara Yap dalam acara berpasangan campuran.
"Ia merupakan pemanas badan yang baik menjelang Sukan SEA.
"Saya dapat mengkaji siapa lawan yang berpotensi dalam Sukan SEA nanti.
"Saya berasakan ia sesuatu yang baik," kata Sara.