Skip to main content

Permotoran

Juara Malaysia Festival of Speed bakal ke Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mam.jpg
Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir, menegaskan juara Malaysia Festival of Speed (MFOS) kali ini akan diserap menyertai kejohanan di peringkat Asia, September ini.

Jelasnya, penganjuran kali ini masih mengekalkan konsep lapan kategori seperti tahun lalu, namun juara kali ini akan mendapat peluang yang lebih luas ke peringkat lebih tinggi.

MFOS akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 15 hingga 17 Ogos ini dengan lapan kategori dipertandingkan iaitu karting sprint, karting slalom, rally , gymkhana car, gymkhana moto, e-sukan, pocket bike dan push bike demo.

"Penganjuran ini harus selari dengan kategori yang ada di luar negara. Kita sasarkan siapakah yang menjadi jaguh negara akan diterbangkan ke Sri Lanka," katanya di Nadi Arena.

Dalam perkembangan lain, ketika mengulas adakah penganjuran Formula One (F1) akan kembali diadakan di Malaysia, Mokhzani menjelaskan tiada keperluan ke arah itu dan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahu ia hadir semula diadakan di Sepang.

"Komuniti peminat F1 ini sangat luar biasa. 

"Mereka sangat mengenali personaliti F1. 

"Suatu hari nanti, Insya-Allah kita akan menganjurkan semula F1 kerana harganya yang sangat tinggi," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video