Kontinjen negeri Terengganu berazam merampas kembali gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak bermula 12 September depan dengan sasaran 69 pingat emas.
Menurut Pengerusi Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, seramai 716 atlet Terengganu yang akan mengambil bahagian kini berada dalam prestasi terbaik bagi merealisasikan misi itu.
Sebanyak 217 program serta latihan intensif, ujarnya, telah diadakan sejak awal 2017, termasuk 41 di luar negara. Dalam tempoh itu juga, atlet-atlet telah didedahkan dengan 427 kejohanan meliputi 84 kejohanan di luar negara.
"Seiring dengan slogan 'Win Back Mission 2018' ini, saya berharap atlet-atlet merebut peluang untuk mencipta kejayaan kepada kontinjen Terengganu.
"Seluruh jentera kerja sedang bergerak agresif bagi menepati sasaran 69 pingat emas dengan acara berbasikal, judo dan memanah akan menjadi acara tumpuan Terengganu," kata Wan Sukairi.
Bakal menyertai 26 daripada 29 acara sukan dipertandingkan, kerajaan negeri turut menyediakan ganjaran kepada atlet-atlet yang berjaya menyumbang pingat.
Namun, apa yang penting, jelasnya, ialah pencapaian keseluruhan kontinjen Terengganu perlu diutamakan sambil memberitahu telah memperuntukkan RM8juta sebagai persediaan menghadapi Sukma 2018.
"Selain insentif segera, kami akan melihat perkembangan atlet sepanjang kejohanan dari semasa ke semasa. Yang penting, pastikan Terengganu muncul juara dahulu," katanya kepada media selepas Majlis Pelantikan Rasmi Bapa Angkat Sukma 2018 yang disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, siang tadi, diiringi Pengarah Majlis Sukan Negeri, Ibni Amin Busu serta ketua kontinjen, Samiun Salleh.