SUKAN LAIN
Juara Antara Juara-Juara Perseorangan Dunia: Baki enam game tentukan slot separuh akhir skuad boling padang
Hari kedua Kejohanan Juara Antara Juara-Juara Perseorangan Boling Padang Dunia menyaksikan atlet negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi, tewas buat kali pertama selepas merakam tiga kemenangan.
Namun, pemenang pingat perak triples wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 tetap tenang menyusun langkahnya untuk lolos ke separuh akhir.
Dalam pertemuan menentang Stef Branfield dari England di Wellington, New Zealand, hari ini menyaksikan Nur Ain bermula baik apabila mendahului set pertama 10-5 tetapi kebangkitan yang dipamerkan Branfield yang menawan set kedua 8-6 secara tidak langsung mengheret permainan ke gam tie-break yang menyaksikan lawannya tersebut menang 4-3.
Iklan
World Singles Champion of Champions – Day 2Highs and lows from wonderful Wellington, With two of five qualifying days completed, the cream is slowly rising to the top……>>> https://t.co/PWCtFsY3hY pic.twitter.com/JwE835HEPK— World Bowls ? (@World_Bowls) November 20, 2022
"Saya menang tiga game dan kalah sekali dalam tie-break.
"(Perjuangan) saya berbaki enam game lagi dan doakan saya lepas ke pusingan kedua," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Nur Ain yang mengumpul sembilan mata kini berada di kedudukan keempat dan perlu mencari sebanyak mungkin kemenangan perlawanan bagi merebut slot kemaraan ke separuh akhir.
Sementara itu, rakan sepasukannya, Izzat Shameer Dzulkeple, meraih kemenangan kedua daripada empat perlawanan selepas menewaskan wakil Israel, Amnon Amar, 2-0 untuk meletakkannya di kedudukan kelima keseluruhan lelaki Kumpulan B menerusi kutipan enam mata.
Must-Watch Video