Bekas jurulatih berbasikal trek Thailand, Josiah Ng, selangkah lagi untuk menyertai barisan kejurulatihan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Sukan Negara (MSN).
Perkhabaran positif hadir selepas dia mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Josiah perlu menunggu sehingga kerajaan mengumumkan Bajet 2019, 2 November depan, sebelum membolehkan MSN membuat keputusan walaupun ketika ini, keadaan tampak berpihak Josiah untuk menyertai barisan kejurulatihan kebangsaan.
"Segalanya tampak positif. Sekarang kami hanya perlu bersabar dan menunggu Bajet diumumkan bulan depan sebelum saya kembali untuk membincangkan lagi perkara yang lebih terperinci," kata Josiah.
"Sebelum ini, saya banyak berusaha untuk membangunkan program negara jiran. Ia memberikan saya 50 peratus kepuasan kerana lebih kepada peribadi. Ego saya.
"Kini, jika segalanya lancar dan saya dapat kembali, ia melibatkan dua pihak. Kepuasan peribadi dan seluruh rakyat Malaysia, keluarga saya, rakan-rakan."
Josiah menamatkan kontrak bersama Thailand selepas berakhir Sukan Asia Indonesia, di mana dia mencatat kejayaan terbesar dengan membantu Jai Angsuthasawit meraih pingat emas keirin menewaskan jaguh dunia dari Malaysia, Azizulhasni Awang.