Juara berganda Liga Hoki Malaysia musim lalu, Terengganu Hockey Team (THT) kembali bergantung harap kepada penyudah berbisa pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan, Jang Jong-hyun dalam misi mempertahankan kejuaraan kali ini.
THT bakal memulakan saingan musim ini bermula dengan saingan Piala Sumbangsih bertemu Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 9 Februari ini.
Biarpun baru sahaja mengumpulkan pemain yang beraksi di Piala Dunia yang lalu seperti kapten The Speedy Tigers, Marhan Jalil, Faizal Saari serta Shello Silverius -- THT kekal optimis mempersiap pasukan kurang seminggu sebelum bertemu skuad kendalian Nor Saiful Zaini itu.