Jonathan Nyepa antara lima pelari pecut lelaki negara yang terpilih menjalani kem latihan pusat di Jerman, bermula Selasa ini dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan menggugurkan pelari bereputasi besar, Badrul Hisham Abd Manap.
KOM memilih lima pelari lelaki dan seorang wanita ke Jerman. Mereka dijadual berlatih dan menyertai tiga kejohanan sepanjang program latihan selama hampir sebulan.
Apa yang mengejutkan, Badrul tidak tersenarai walaupun diletakkan dalam kategori B Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
"(Latihan di luar negara) sangat membantu. Ini kerana tahap saingan di luar negara boleh menjadi pendorong kepada kami dalam Sukan Asia nanti," katanya.
Jonathan antara pelari pilihan untuk diturunkan dalam acara 100 dan 200 meter. Dia mencatat masa terpantas 200m tahun ini dengan 21.10 saat ketika merangkul pingat emas Terbuka Malaysia, bulan lalu.
"Kalau bersaing di luar negara, tambahan pula dengan adanya atlet yang bertaraf tinggi, ia mampu mendorong kami untuk meraih catatan yang lebih bagus," ujarnya.