Atlet muay thai negara, Johan Ghazali, muncul sebagai atlet lelaki termuda yang secara rasmi menerima kontrak daripada One Championship setelah memenangi empat gelaran tahun ini.
One Championship merupakan satu pertandingan yang mengumpul beberapa sukan pertahanan diri seperti seni bela diri campuran (MMA), tinju dan muay thai.
'Jojo', 16, memasang impian untuk memenangi tawaran ini sejak lapan tahun lalu dan kini ia masih terasa seperti mimpi.
"Saya rasa segala pengorbanan dan kerja keras yang dibuat berbaloi.
"Saya ada pertarungan One Championship di Qatar tapi kalau tidak jadi, saya masih ada peluang di Bangkok dan Singapura," katanya.
Dia sedar cabaran menghadapi tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding dahulu tetapi beryakinan tinggi menerusi sokongan dan program latihan yang dijalani.
"Saya berlatih di gimnasium keluarga di Kuching, Sarawak.
"Di sini sudah sempurna jadi saya tidak bercadang berlatih ke mana-mana.
"Pencabar yng bakal saya hadapi selepas ini pastinya lebih sukar jadi saya perlu ambil kira soal pemakanan, persiapan dan pemulihan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.