Skuad ragbi Johor bangkit daripada ketinggalan untuk menjuarai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan mengalahkan Negeri Sembilan 32-15, semalam.
Dalam aksi final kategori bawah 18 tahun itu, Negeri Sembilan terlebih dahulu mendahului Johor yang juga juara bertahan 12-7 sehingga tamat separuh masa.
Johor tampil garang dalam babak berikutnya selepas melakukan empat try menerusi Nur Iman Mahmod, Danny Iskandar Shaharudin, Muhd Fathul Aiman dan Naqib Abd Razak.
Pemain tonggak, Azrin Azman, turut menyudahkan satu conversion dan satu penalti sebelum Negeri Sembilan hanya mampu menambah mata hasil penalti Hariri Nor Azlan.
Jurulatih Johor, Abdul Hanis Mokhta, berkata corak permainan pasukan itu merupakan taktikal terkini digunakan dalam sukan ragbi dan itu menjadi rahsia kejayaan mereka.
Dengan ejayaan mengatasi Terengganu dan Pahang di peringkat kumpulan, Johor terus unggul mengalahkan Kedah serta pasukan pilihan, Selangor, dalam separuh akhir.
Menurut Hanis, kewujudan akademi di bawah Kesatuan Ragbi Johor (JRU) membolehkan pembangunan pesat di setiap daerah di Johor, sekali gus memudahkan persiapan pasukan.
"Pasukan ini sudah melakukan persiapan selama setahun disertai pelajar daripada Sekolah Sukan Tun Hussein Onn, Maktab Sultan Abu Bakar dan beberapa lagi sekolah.
"Kami bermula agak gementar ,namun sebaik sahaja dapat melakukan serangan dalam babak kedua, saya lihat pemain-pemain kembali mendapat rentak," ujarnya.
Sementara itu, tuan rumah, Terengganu, terpaksa berpuas hati dengan hanya muncul juara kategori bawah 12 tahun dengan mengalahkan Perak 22-5.
Kredit foto: Persatuan Ragbi Terengganu