Jurulatih dari Australia itu -- yang disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman, akan menggalas jawatan pengarah teknikal skuad negara sejurus Sukan Olimpik Paris tahun depan.
Beasley -- yang sudah berkhidmat di Malaysia sejak 2006 -- sedang giat mempersiapkan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, yang dalam pemburuan pingat emas pertama temasya berprestij itu.
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley ditawarkan jawatan baru sebagai Pengarah Teknikal Skuad Negara.
— Fateen (@fateenshazwani) December 1, 2023
John rancang nak mula memegang jawatan itu selepas Sukan Olimpik Paris.@ASTROARENA pic.twitter.com/JvBXfYg3p4