Skip to main content

Sukan Lain

Joerg Teichmann: Figura eratkan kerjasama Malaysia-Jerman menerusi Sains Sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

figurta.jpg
Sekretariat Program Olahraga Jerman, Joerg Teichmann, merupakan sosok yang menghubungkan sukan elit Jerman dan Malaysia dengan penglibatan aktif selama 28 tahun sekali gus mengukuhkan hubungan dua negara sejak Kemerdekaan 1957.

Dia telah bekerja bersama Institut Sukan Negara (ISN) selama lebih dua dekad dengan menyaksikan bagaimana saisns dengan program pemulihan yang menyumbang kepada kejayaan pingat selain permodenan dengan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) membantu dalam pembangunan atlet.

Malah, matlamat dalam jangka masa panjang adalah untuk menyaksikan perkongsian pengetahuan dalam pencegahan kecederaan, pertukaran bimbingan selain rangka kerja prestasi.

Dia turut optimis dengan Kerjasama bersama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Malaysia mampu menjadi pusat kecemerlangan erantai dalam pemulihan berprestasi tinggi.

"Ia bukan sahaja mengenai sukan tetapi membina kepercayaan budaya melalui nilai prestasi yang dikongsi. Jarang sekali seseorang yang mempunyai latar belakang klinikal bersuara, tetapi begitulah kerjasama yang sebenar berlaku.

"Saya sentiasa percaya pemulihan adalah keperibadian, tetapi kemajuan kolaboratif adalah pencapaian professional saya. 

"Kami juga akan berkembang tidak lama lagi engan cawangan baru di Ampang yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada atlet, professional dan pelanggan korporat yang mencari penyelesaian kesihatan berasaskan pergerakan." katanya.

Terdahulu, Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard, turut menjelaskan penglibatan kuartet 4x100 meter wanita dari Jerman dalam saingan siri pertama Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series yang akan menjadi cabaran buat wakil negara di Stadium Merdeka nanti.

"Kami turut teruja kerana bakal ada penyertaan pemenang pingat dari skuad Jerman dan akan bersaing dengan wakil negara nanti." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video