Skip to main content

Sukan Lain

Job Van Bunge kongsi perkembangan positif kriket wanita Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kriket.jpg
Jurulatih kriket wanita B-19 Malaysia, Job Van Bunge, berkata persiapan pasukan wanita kebangsaan untuk menghadapi Piala Dunia berjalan lancar.

Pemain telah berlatih secara konsisten di Kuala Lumpur dan Johor selain menyertai perlawanan antarabangsa di Thailand dan Sri Lanka bagi menambah pengalaman.

Kemajuan pemain terutama dalam beberapa bulan kebelakangan ini amat menggembirakan Van Bunge, sekali gus menunjukkan semangat serta komitmen mereka untuk terus berkembang. 

“Itulah sifat hebat Malaysia yang saya pelajari,” kata ketua jurulatih. 

Bermain dalam kejohanan global seperti Piala Asia dan Piala Dunia adalah peluang besar untuk pemain dan kriket Malaysia.

Dan matlamat pasukan adalah untuk bermain sebaik mungkin dan memenangi setiap bola.

"Peluang seperti ini jarang didapati oleh negara kecil, jadi saya teruja untuk melihat bagaimana pasukan akan beraksi menentang gergasi dunia,” tambahnya.





“Walaupun sukar untuk berdepan pasukan seperti India, Sri Lanka dan West Indies, kami percaya bahawa kami layak berada di pentas dunia dan kami di sini untuk terus bersaing. Malaysia boleh!”

Advertisement

Must Watch Video