Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, yakin pemain perseorangan wanita negara yang terlepas beberapa kejohanan penting musim ini, bakal berpeluang beraksi dalam Sukan SEA Filipina 2019.
Kini, dia mampu menarik nafas lega selepas keadaan kesihatan Jin Wei menunjukkan perkembangan semakin positif.
Tambah Choong Hann lagi, bekas juara remaja dunia itu juga sudah memulakan latihan di gelanggang dalam mencari semula kecergasannya, sekali gus melakukan persiapan ke Filipina.
Jin Wei mengalami masalah perut yang kronik sejak Mei lalu ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumplan A, Piala Uber.
"Jin Wei sudah memulakan latihan di gelanggang dan kemajuan pemulihannya adalah bagus. Daripada nasihat doktor, kami berasa lega dengan perkembangan pemulihannya.
“Buat masa ini, Jin Wei menjalani latihan yang sistematik dan mempunyai intensiti yang mencukupi untuk dirinya mempamerkan hasil daripada pemulihan yang bagus," katanya.
Sementara itu, Choong Hann menjelaskan peluang pemain muda, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Lim Chong King, yang disenaraikan dalam skuad kebangsaan ke Filipina, November depan tampak samar kerana gagal membuktikan prestasi memuaskan ketika ini.
"Kami harus memahami pemain-pemain ini masih belum mencapai tahap yang kami inginkan untuk beraksi dalam Sukan SEA. Kami akan terus menilai dan memantau peningkatan yang dipamerkan dalam kejohanan akan datang."