Persatuan Sukan Jetski Malaysia (MJSA) percaya rayuan mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk dinaikkan ke kategori A akan dipertimbangkan memandangkan mereka hanya menghantar tiga atlet ke Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Menurut Presiden MJSA, Datuk Mohamed Saffian Omar, persatuan itu pada mulanya mahu menghantar tujuh atlet ke Sukan Asia, namun kini mengambil pendirian untuk mengutamakan atlet yang berupaya meraih pingat.
Tiga atlet yang akan dihantar MJSA ke Indonesia terdiri daripada Tee Chen Jet, Nazar Saifullah Al Aziz dan Chia Wai Yuen.
"Mengikut perbincangan minggu sudah, kami merayu untuk kategori A.
"Pelumba kami berpotensi untuk menaiki podium.
"Kami telah menyenarai pendek nama atlet dan sebab itulah kami mahukan kategori A," kata Saffian.
MJSA akan menghantar rayuan rasmi kepada MOM sebelum tarikh tutup rayuan esok.
Tambah Saffian, turut menguatkan keyakinan MJSA bahawa rayuan mereka akan dipertimbangkan adalah kerana tiga atlet ini berupaya meraih pingat di Indonesia.
Mereka juga sudah menjalani persiapan mencukupi untuk memberikan cabaran hebat dalam temasya kali ini.
"Mereka sudah bersedia untuk Sukan Asia Jakarta-Palembang.
"Kami mempersiapkan mereka selama beberapa tahun dengan pendedahan di China, terutama dalam Kejohanan Piala Asia di Pattaya, Thailand."