Aksi selama tiga hari daripada 6 hingga 8 Mei 2025 di Kejohanan Malaysian Junior Development Tour melabuhkan tirainya pada Khamis dimana pemain golf berusia 18 tahun dari Korea Selatan, Jeon Kyuri, mempamerkan magis dan aksi memukau untuk menutup kempen kejohanan dengan meraih kejuaraan dalam kategori wanita kategori A.
Saingan wanita kategori A itu didominasi Jeon Kyuri yang menutup saingan sirkit pertama dengan 221 pukulan lima di atas par, berkelebihan enam pukulan didepan Mavis Chua yang menutup hari ketiga dengan catatan keseluruhan 227 pukulan manakala Hiroka Yamamoto melengkapkan kedudukan ketiga dengan 229 pukulan 13 di atas par.
"Saya banyak bergelut sebelum kejohanan dan selama beberapa bulan sebelum ini, saya berasa baik dapat memenangi kali ini. Saya gembira dengan setiap pusingan tetapi hari kedua saya bergelut dengan pukulan saya.
"Tetapi dalam pusingan kedua saya cuba lakukan yang terbaik dan dengan keyakinan saya dapat meraih kemenangan," katanya.
Bagi saingan kategori Lelaki A pula, Wongsung Sun, ternyata sukar untuk digugat sepanjang tiga hari saingan apabila bermain 54 lubang dengan catatan 217 pukulan 1 di atas par.
Ahn Seunghyun terpaksa akur untuk berada di kedudukan kedua dengan berkelebihan lima pukulan dibelakang juara selepas mengumpul 222 pukulan keseluruhan manakala tempat ketiga milik Toh Yee Chen yang berkongsi 222 pukulan enam di atas par.
Sementara itu, kategori Lelaki B pula menjadi milik Daichi Hayashi yang mengumpul 217 pukulan satu di atas par untuk mengesahkan kejuaraan diikuti Maverick Chua yang akur untuk muncul naib juara selepas mencatat 220 pukulan empat di atas par, manakala Maru Choi dikedudukan ketiga dengan 222 pukulan enam di atas par keseluruhan selepas tamat tiga pusingan.