Skip to main content

Sukan Lain

Jelajah Thailand: TSG muncul juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

278026835_664209588176537_4254030914260011975_n.jpg
Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meraih gelaran pasukan terbaik keseluruhan Jelajah Thailand 2022 menerusi catatan masa 64 jam 25 minit 53 saat selepas enam peringkat perlumbaan.

Di tangga kedua adalah HRE Mazowsze Serce Polski dengan catatan masa 64 jam 26 minit 10 saat seterusnya St George Continental Cycling Team yang mencatat 64 jam 27 minit 10 saat.

Selain itu, turut menyaksikan TSG menjadi pasukan terbaik ASEAN dengan catatan masa 64 jam 26 minit 30 saat, diikuti Team Sapura Cycling (TSC) 64 jam 28 minit 43 saat dan Go For Gold Philippines 64 jam 29 mint 3 saat.

Terdahulu di peringkat keenam, juga yang peringkat terakhir terakhir, Metkel Eyob dari TSG menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang pelumba Hre Mazowsze Serce Polski, Alan Banaszek dan Yuma Koishi dari Team Ukyo.

Keseluruhan, TSG telah meraih dua emas dua perak satu gangsa, lima jersi ungu selaku pelumba terbaik ASEAN, dan satu jersi polka dot untuk raja bukit. 

 

Imej: Terengganu Polygon Cycling Team

Advertisement

Must Watch Video