BERBASIKAL
Jelajah Thailand: Puasa tak halang Aiman Rosli gigih jalani latihan demi tawan podium
Tiga hari lagi sebelum bermulanya saingan Tour of Thailand 2025, pelumba utiliti Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, mengharapkan kejayaan lebih berbanding kejohanan edisi lalu.
Sebelum ini Aiman berjaya menaiki podium di peringkat kedua, dengan kali ini impian Aiman untuk membawa balik sekurang-kurangnya satu lagi jersi dalam koleksinya.
"Bulan puasa ini ada hari yang Aiman puasa dan tidak, hari puasa kedua Aiman sudah mula berlatih dan dapat biasakan berlatih dalam cuaca panas. Tiada halangan untuk puasa sambal berlatih.
Iklan
"Aiman sudah lakukan yang terbaik sebelum akan ke Thailand dengan cuaca panas, Aiman mahu bantu pasukan. Aiman mahu menang jersi untuk tahun ini." katanya.
Dalam pada itu, harapan besar Aiman adalah pengorbanan yang dilakukannya dalam bulan puasa ini agar dapat diterjemahkan dengan bentuk kecemerlangan di Thailand nanti.
Walaupun sedih kurang masa bersama keluarga, ia bukanlah alasan buat Aiman untuk hilang fokus dan menyasarkan untuk menghadiahkan sesuatu buat keluarganya di hari raya nanti.
"Rasa memang sedih tidak dapat berbuka puasa dengan keluarga tetapi keluarga sudah faham tanggungjawab Aiman. Selepas raya baru temui mereka." tambahnya.
Must-Watch Video