BERBASIKAL
Jelajah Thailand: Harrif Salleh puas kembali dapat rentak kayuhan
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Salleh, akur dengan prestasi naik turun dirinya selepas menamatkan saingan Peringkat Ke-6 Jelajah Thailand di kedudukan keempat secara keseluruhan.
Konsistensi pada awal perlumbaan hari ini gagal dikekalkan selepas dia terpaksa bergelut berdepan cabaran di 1 kilometer terakhir yang menyaksikan dia mula dikejar kelompok peloton dan makin jauh meninggalkan pelumba kelompok hadapan.
Situasi itu mengekang dirinya untuk kembali merapatkan jurang kedudukan.
Iklan
"Sukar sedikit untuk saya melakukan pecutan di ruang sempit.
"Saya cuba kejar tapi sudah terlambat.
"Rakan sepasukan banyak memainkan peranan," katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan pujian perlu diberikan buat rakan sepasukan yang lain menerusi keserasian formasi atlet berpengalaman dan muda dalam mencetuskan keseimbangan positif dalam perlumbaan.
"Saya kembali memberi saingan, mendapatkan balik rentak.
"Saya berpuas hati dengan Jelajah Thailand untuk meraih tempat ketiga di peringkat Asia dan keseluruhan.
"Gandingan atlet berpengalaman dan muda memberi impak dalam perlumbaan ini. Saya gembira dapat curahkan pengalaman," katanya.
Must-Watch Video