BERBASIKAL
Jelajah Thailand 2025: Pelumba TSG muncul pelumba terbaik Asia Tenggara
Peringkat pertama Jelajah Thailand 2025, pakar pecut Terengganu Cycling Team, Wan Abdul Rahman Hamdan, berjaya muncul pelumba terbaik Asia Tenggara selepas menghuni tangga ketujuh keseluruhan.
Dia yang mengharungi kayuhan sejauh 121.42 kilomter berharap peringkat kedua lebih baik.
"Alhamdulillah untuk pusingan pertama, perlumbaan hari ini tempo sangat laju dan semua pelumba sangat agresif, cuaca panas memberi sedikit halangan tapi tetap meneruskan, berharap pusingan kedua mampu buat yang lebih bai," ' ujarnya.
Iklan
Sementara itu, kurang bernasib baik buat pelumba veteran TSG, Harrif Salleh, apabila alami kemalangan di selekoh terakhir 300 meter sebelum garisan penamat. Namun, Harrif berjaya menghabiskan perlumbaan sekaligus tidak akan terlepas peringkat kedua.
"Pusingan pertama perlumbaan sangat laju dan sedikit masalah teknikal di selekoh terakhir 300 meter sebelum garisan penamat dan saya di kedudukan terbaik tetapi malang terjatuh disebabkan jalan licin, tiada kecederaan berat dihadapi dan saya akan buat yang terbaik pusingan kedua esok," ujarnya.
Must-Watch Video