Skip to main content

Advertisement

Hoki

Jelajah Korea Selatan: Tuan rumah dedah pertahanan longgar The Speedy Tigers

hoki-the-speedy-tigers-malaysia.jpg
Perlawanan ketiga siri jelajah persahabatan menentang Korea Selatan hari ini menyaksikan skuad The Speedy Tigers menjelmakan kebangkitan untuk mengikat pasukan tuan rumah 5-5.

Kem negara yang ketinggalan 3-5, berhasil mendapat dua gol dalam masa dua minit terakhir dengan beraksi secara 'power play' sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, menegaskan bahawa terdapat beberapa siri kelemahan terutama daripada segi kelemahan pertahanan dalam merantai pemain dan dibolosi dengan empat jaringan padang.

"Kami perlu lebih bagus dalam soal mengawal pemain lawan. 

"Apabila berjumpa Korea Selatan, pemain perlu berdisiplin tapi kali ini agak longgar," katanya di Nadi Weekend.  




Dalam pada itu, Sarjit juga berpuas hati dengan apa yang ditampilkan anak buahnya dalam tiga aksi persahabatan untuk merekodkan dua kemenangan dan satu seri.

"Kami mampu bangkit dan menemui penyudah," katanya lagi. 

Kem negara dijangka akan turun kembali dalam aksi keempat pada Isnin.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video