Ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh, beranggapan jelajah Australia yang baru berakhir tempoh hari merupakan satu platform sempurna untuk anak buahnya menimba pengajaran berguna.
Baginya, enam perlawanan persahabatan 'Gred A' yang diharungi The Speedy Tigers mula memberikan gambaran bahawa skuad utama yang bakal dibentuknya.
Siri Jelajah Korea Selatan sebaliknya menjadi medan pemilihan terakhir sebelum skuad negara menghadapi Kejohanan Piala Negara-Negara FIH 2025 pada bulan depan.
"Di Korea nanti kami akan beraksi dalam lima perlawanan lagi, jadi kami akan beri peluang kepada pemain memandangkan kami memiliki 27 pemain.
"Semua pemain harus ambil peluang, pemain yang tidak ke Australia akan ke Korea.
"Mereka akan memiliki peluang (untuk rebut tempat) sebelum kami pilih pemain untuk ke Piala Negara-Negara," katanya.
Sementara itu, penyerang negara yang menyerlah di Australia, Azrai Aizad Abu Kamal, tidak ingin cepat berpuas hati awal dengan prestasi semasanya.
Azrai mengakui bahawa banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki sekiranya dia mahu menjadi tonggak utama di barisan hadapan..
"Bagi saya pengalaman yang kami terima adalah pemikiran pantas di Australia yang sangat pantas dan laju. Walaupun kami tewas tetapi kami berpuas hati kerana dapat peroleh sesuatu.
"Saya dapat lihat cara mereka menjaringkan gol dengan corak permainan yang mudah." tambahnya.