Ketua jurulatih skuad olahraga para negara, R. Jeganathan, memilih Finland sebagai kem latihan luar negara untuk empat atlet para negara, iaitu Ridzuan Puzi, Siti Iasah Ariffin, Nasharuddin Nordin dan Afiq Ali Hanafiah.
Selepas Ziyad Zolkefli memilih Jerman dan Abdul Latif Romly ke Amerika Syarikat, seorang lagi bintang para negara, Ridzuan, akan berlepas ke Finland untuk persediaan sebelum Kejohanan Para Dunia (IPC) di Doha, Qatar, November depan.
Namun, Ridzuan tidak bersendirian kerana dia akan ditemani tiga lagi rakan sepasukan, Siti Iasah, Afiq dan Nasharuddin yang berada dalam senarai pilihan Jeganathan.
Lebih lima minggu di Finland, keempat-empat atlet itu akan didedahkan dengan latihan bukan kebiasaan selain turut menyertai beberapa kejohanan domestik.
"Di Finland nanti, beberapa atlet dunia akan turut mengambil bahagian dalam kejohanan di sana. Kami akan berkampung sama seperti di Bukit Jalil dan saya juga akan mendapatkan lebih banyak pengetahuan daripada barisan jurulatih di sana nanti," katanya.
Tegas Jeganathan, kutipan emas dalam Paralimpik Tokyo masih disandarkan kepada Ziyad dan Latif sementara Ridzuan yang kini jatuh sebagai nombor dua dunia, diharap mampu melakar kejutan ke atas seteru utamanya dari China.
"Ziyad dan Latif kelihatan tidak menghadapi masalah untuk merangkul emas. Ridzuan pula kini meningkat usia dan pencabar dari China sedang meningkat naik."