Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail memberi bayangan dalam satu hantaran di sosial media aplikasi Instagram miliknya bahawa pelumba negara, Hafizh Syahrin yang juga kini berada dalam pasukan JDT Racing Team bakal menggunakan jentera keluaran Ducati.

Berdasarkan imej, ia merupakan jentera Ducati mirip V4R yang bakal digunakan JDT Racing Team bagi menghadapi saingan permotoran Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.


Saingan ARRC dijangka bakal bermula Mac ini, untuk rekod berdasarkan saingan musim lalu tiada pasukan yang menggunakan jentera Ducati sekali gus ia bakal menjadi perhatian seluruh pelumba dan peminat sukan permotoran.